Thursday, 31 March 2011

Setelah 17 tahun mereka 'pergi'...


Bismillahirrahmanirrahim. dan Assalamualaikum...

Hari ini, bersamaan 1 April 2011, 27 Rabiulakhir 1432 Hijrah, Genap lah 17 tahun permergian ibu kandung aku iaitu Armahhumah SALMAH BINTI MOHD HAYAN ke Rahmatullah. Beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah menghidap penyakit Barah Payudara.

Aku tidak lupa untuk menghadiahkan bacaan Yassin kepada beliau, tidak lupa juga pada Armarhum MOHAMAD NIZAM BIN MOHD NASIR, selaku arwah abang sulung aku (berbaju biru).

Aku agak sebak, rindu pada mereka berdua semakin menebal, rindu akan pelukan mereka, agahan mereka sewaktu aku masih kecil, yang aku ingat, aku dikejutkan oleh seseorang dan membawa aku ke laman rumah, yang aku lihat hanya sekujur tubuh yang diselimutkan hingga ke muka, aku disuruh mencium dahi insan tersebut setelah kainnya diselak, dan aku yang masih tak tahu apa-apa, hanya menuruti. Sampai satu masa, baru aku sadari yang dahi insan tersebut adalah dahi arwah abang long aku yang akan pergi buat selama-lamanya, Kucupan Terakhir.

Puas aku meneroka segala memori yang mungkin tersimpan ketika bersama mereka, tapi masih samar. Hanya cerita dari adik beradik aku yang lain.

arwah along, arwah ibu, dan aku tika masih kecik... :')


CERITA ANGAHKU

Sebulan sebelum kejadian, abang long aku menjadi sangat rapat dengan aku, dan aku sering meminta coklat BOLA kegemaran aku apabila arwah balik dari pengajian. Dan arwah hanya menuruti tanpa banyak keluhan.

Arwah ibu amat gemar memasak asam pedas ikan duri, dan masakan tersebut amat digemari semua saudara mara kami. Arwah sangat penyabar, tika masa itu ayah merupakan seorang yang panas baran untuk mendidik anak-anak beliau.


Mungkin di luar sana, ramai yang masih mempunyai ibu bapa kandung. Mereka bertuah, tapi aku tetap juga merasa bertuah, kerana aku tidak punya dosa kepada arwah ibu, aku tak pernah tinggi suara pada arwah, aku tak pernah masam muka dengan arwah. Itu kelebihan aku, cuma...aku perlu jaga abah aku bila aku besar nanti, itu mungkin arwah pesan pada aku dulu. Aku sayang mereka berdua. Abah aku juga tak pernah lupa aku, dia tetap mecari seseorang pengganti arwah untuk jaga aku. Abah tak nak aku dijaga orang lain walaupun saudara beliau sendiri. Beliau nak aku membesar depan mata beliau..

.TERIMA KASIH ABAH, TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH EMAK...

the IRONMAN (abah) dan the wonderwoman (emak)

ya Allah ya tuhan ku,tempatkanlah roh arwah ibu ku ini dikalangan orang2 yg solehah..cucurilah rahmat ke atasnya,jauhkan lah dia drpd siksaan kubur dan juga api neraka..kurniakanlah kenikmatan syurga padanya...sesungguhnya hamba Mu ini hanya mampu untuk berdoa untuk kesejahteraannya disana..amin..Al-fatihah...
Aku rasa cukup sampai sini sahaja entry kali ini. Sebab esok aku akan hadap test. Study agak tunggang langgang sebab aku masih lagi DOWN. tapi sahabat aku masih lagi tak jemu-jemu naikkan semangat aku, THANKS SAHABAT, nanti aku cerita pasal beliau. Nak sambung study sikit dan mimpikn arwah, Insyallah,

notkakicagu : hargailah mereka yang masih hidup, dan jangan lupa pada mereka yang telah 'pergi' ...



dari yang merindui...

Sunday, 27 March 2011

EBS = Encik Bedak Sejuk or Encik Bas Sekolah ...?


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamulaikum...

Sedang aku buat Lab report ECS petang-petang la ni, dengan mata yang kuyu tunggu di sorong bantal yang empuk lagi sedap dipeluk sambil memikirkan idea untuk entry kali ini...

Aku teringat di akhir tahun lepas , tika aku sedang sibuk melayan karenah ibu-bapa serta anak-anak yang nak beli buku-buku sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Taman Perling (kalau tak silap), masa tuh aku just amik part time untuk tolong pakcik aku menjual buku sementara tunggu nak naik semester 4.

Ok, that time tengah aku sedang mengira jumlah harga buku-buku anak seorang makcik ini, then anak dia yang agak tua menegur,

'abang, adik saya kata muka abang macam dalam GENG BAS SEKOLAH" (sambil adik beliau tersipu-sipu malu macam nak kena cium)

Omak beliau berdua ni pun dah nak ketawa, sampai aku yang tengah sibuk mengira ini pun dah salah tertekan calculator. Yang kazen aku sorang lagi dah mula nak terbahak dengar si kecik tuh cakap macam tuh, malu doee...
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

What the heel, aku yang ada astro ini pun tak pernah tengok cerita yang kurang matang tuh, dan sampai sekarang aku masih teringat mana satu watak yang serupa dengan aku....

Aku try lah google kat web then maybe yang ni kot,

Mat a.k.a pemandu bus sekolah tersebut,

Dem it, tapi aku tak kesah la, budak-budak punya imaginasi kan, kalau dah obses macam anak sedara aku, yang tak habis menjerit GBS..! GBS...! and what so ever. Itu biasa lah, Budak-budak, macam lah you all yang laki tak terjerit KAMEE-KAMEE HAA (yang laki) dan DENGAN KUASA BULAN, AKU AKAN MENGHUKUM MU (yang perempuan) masa budak2...kan3?

http://www.emocutez.com

nota kaki cagu: EBS still stands for ENCIK BEDAK SEJUK, bukan ENCIK BUS-IKAL SEKOLAH ok...

yang terkena,



Friday, 25 March 2011

I'm down...!


Aku tak tahu nak cakap apa, ok bukan cakap, tapi taip.

Dua tiga ini macam aku dah tak ada semangat. Rasa lost je, tak ada guide nak tolong aku. Tolong aku weyh.
Aku mintak maaf sebab dah lama tak update. Minggu ini baru habis satu program P'CES iaitu MINGUU KEJURUTERAAN AWAM, nanti aku update lah kalau aku dah rasa UP sikit.

http://www.emocutez.com
Bakul baju aku baru je aku kosongkan semalam, penuh dengah baju kotoq, lepas dah siap aku terus buat lab report mana yang bahagian aku belum siapkan. Lepas tuh dating dengan cik buah pinggang serta rakan beliau. Hah, time tulah tibe2 aku terasa penat gila babeng, seyesly aku tak tahu kenapa. Maybe sebab dah all out selama 3hari kot, yela, Selasa dengan rehearsal dan persediaan untuk majlis DEKAN dengan futsal (kalah sial), Rabu dengan segala mala persiapan untuk Majlis DEKAN jugak, entah bila aku nak dapat DEKAN pun aku tak tahu. then Khamis dengan pameran dari pihak luar segala bagai, usung troli makanan macam bangla tepi jalan. Petang tuh jugak aku ada 2 match futsal, mana tak all out, penat semalam pun tak habis lagi...

Dah la, tiba-tiba kredit aku kong. Dengan sapa aku nak mesej malam ini. Nak out jap beli hot tiket.

Bila-bila nanti aku update lagi.

Calo bete..
yang lost

Saturday, 19 March 2011

C.I.N.T.A dan sewaktu dulu...




Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Sedang aku mencari video video lagu best dekat Youtube, then layan antaranya PREETY UGLY, dan RUFFEDGE, aku terlayan lagu dari Andy Flop Poopy...


Agak sempoi, and best lagu dia. Teringat dekat sesiapa yang berkenaan dan aku rasa macam nak tengok baik movie CINTA ni. Dulu dah tengok, tapi masa dulu aku tak matang lagi, hingusan kot, cinta monyet je time ni. Wayang pun time tu baru nak kenal.
http://www.emocutez.com

Erm, seyesly aku dah lupa apa sinopsis dia, aku tak nak tengok review, malas nak cari, nanti tak suprise, biar movie ini macam movie yang baru keluar bagi aku, tapi bila aku nak tengok?
http://www.emocutez.com

Aku search dekat mana-mana web yang sediakan movie download free pun tak jumpa, serius movie ini memang dah lapok, nak tengok dekat TV? Jangan harap, sebab bnyak cutting section, dan iklan yang buat aku nak muntah dalam kotak TV, (ok aku tipu, rumah aku PLASMA tb kot, takmain kotak-kotak besaq tu lagi)
http://www.emocutez.com

Menurut komen-komen dekat video soundtrack CINTA iaitu SEWAKTU DULU, ramai yang mengatakan movie tersebut memang menyayat hati, kira tahap touchscreen laa..
http://www.emocutez.com

Aku dah malas nak tulis panjang-panjang, bukan ada yang sanggup baca walau yang suka jenguk blog aku ini kan...pepehal, you all memang the best, sebest dan setouching lagu bawah ini, mungkin aku agak jiwang sikit malam ini, missing his kidney and wonderwoman.
http://www.emocutez.com
Enjoy...!


notakakicagu : aku nak jadi semacho ANUAR ZAIN...!
http://www.emocutez.com

yang macho lagi gentleman...

Tuesday, 15 March 2011

Moga Allah sembuhkan beliau...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Hari ini mood aku agak tak stabil sikit, bukan sebab mati bini, aku pun tak kahwin lagi. Sebelum ini, aku dah buat entry pasal Emak aku yang menangis sebab aku tak dapat balik JB. Entry ini pulak aku yang nak MENANGIS.

Masa dekat kelas ECS tadi, akak aku call, beliau nak tanya khabar dan tanya bila aku nak call rumah, bukan akau tak nak call, aku memang tunggu masa je bila nak call, mungkin malam ini, or esok. Tengok keadaan lah,

http://www.emocutez.com

Then akak aku kata, emak tengah sakit, demam-demam katanya. Mulalah aku hati aku tak tenteram. Aku kata malam ini jugak aku call emak, maybe lepas or sebelum meeting.

=================

Lepas je meeting dalam berapa minit lepas, sampai rumah, masak air, terus aku call mak aku. Then adik aku angkat, aku tanya lah dulu beliau dah tidur ke belum, adik aku kata beliau tengah baring. Ok. Boleh lah aku cakap dengan WONDERWOMAN aku ni.

http://www.emocutez.com

Alahai, bila dah dengar suara beliau, sayu hati aku dengar serak-serak basah dengan diiringi batuk yang keras. Emak aku dari Khamis hari tuhdah sakit. Kenapa aku baru dapat tahu? Adik aku boleh menyampuk kat belakang kata yang emak aku rindukan aku. OK. Kalau betul aku kena berbual lama. Then aku mula lah bertanya khabar semua, sempat jugak tanya resipi-resipi masakan yang memang dah jadi faveret aku bila emak aku masak. Antaranya MAGGI campur, yang lain aku dah lupa. Emak aku kalau dah ada yang tanya pasal resipi memang dia tak boleh stop melainkan rahsia-rahsia masakan beliau. Tanya juga pasal siapa datang rumah lepas abang aku kahwin dulu. Rupanya Pak Tam serta Mak Tam dan anak bongsunya yang comel datang kerumah. Mereka memang rajin jenguk sini kalau ke Johor sebab mereka tinggal kat Semenyih.

Dan aku terkejut yang abang dan isterinya (pengantin baru) tuh datang ke rumah semata-mata ngidam nak makan pelam. Bukan ke dekat luar tuh berlambak. Emak aku dah syak mungkin aku dapat anak sedara lagi. Huh, seronok bukan main lagi mak Datin sorang ni... hee..

Puas dah berbual, aku rasa kesian mak aku dah mula batuk-batuk tak berhenti. Aku cakap dekat beliau stop sampai sini jelah, dah lah Jumaat tu hari beliau sakit sampai tak boleh bangun. Kesian juga Ayah dan adik beradik aku just makan nasi ayam jeee (sedap gak)...Dah berapa hari beliau tak masak sebab sakit...

Harap my WONDERWOMAN ini cepat-cepat lah sembuh. Aku tak nak apa-apa jadi kat beliau. Serius aku sayang beliau. Rasa nak menangis pun ada ni.

http://www.emocutez.com


Ok lah, sebelum aku tamatkan post ini. Aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi follow blog aku yang seberapa ini. Thanks all. Lap u lah...
http://www.emocutez.com

notakakicagu: aku doakan beliau dan ayah cepat sembuh dari segala penyakit yang melanda mereka... Amiin...

yang gembeng...

Monday, 14 March 2011

3-D view of Kaabah Software buat aku teruja


sekadar hiasan - pandangan Kaabah dari satelit.

Bismillahrrahmanirrahim dan Assalamualaikum

Sedang aku mencari gambar Kaabah yang merupakan kiblat bagi seluruh umat Islam di dunia untuk aku jadikan wallpaper desktop aku, aku terjumpa satu blog ISLAM PROHIBITS EVERY KIND OF TERROR.

Nak follow tapi widget follow depa tak letak, then aku teruskan mengusha blog tuh tak terlihat pulak post entry masa tuh ialah Watch 3D View of Kaaba - Makkah.

Bila dah perasan, dia ada sediakan satu software yang boleh kita view Kaabah ini secara 3-D. Seriusly AWESOME. Subhanallah. Pada you all yang nak cuba boleh download dengan menekan


Software ini free dan tak dikenakan sebarang bayaran. Tahniah kepada yang sudi menyediakan presentation yang bermakna untuk seluruh umat Islam diseluruh dunia. Dengan menggunakan kepakaran kepada jalan yang benar demi menegakkan nama Allah di muka Bumi ciptaan-Nya.

ini hasil dari printscreen.

Bila you all dah download terus open dan you all boleh zoom in or out, scroll ke kiri dan kanan, tukar language, serta yang paling menarik jadikan ia screensaver! Totally amazing. Terima kasih banyak-banyak pada pereka software ini, moga beliau serta krew dirahmati Allah s.w.t hendaknya. :)

Notakakicagu: Pandanglah wajah ibubapa, Kaabah,dan Al-Quran, kan dapat pahala. :)

yang tidak sempurna

Saturday, 12 March 2011

Aku, Dapur, dan Sambal Setan...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Pagi Sabtu aku bangun selepas cik buah pinggang kejut aku. Then pas aku setelkan basuh baju, terus terpikir nak masak nasi goreng, tapi kalau ak perkena dengan SAMBAL SETAN masakan mak aku, memang tak sah lah. Rasa aku buat dua entry pasal makanan sebelum ni. Mula Cheezy wedges, then Big n Tasty pulak, dua-dua western, kali ini aku buat makanan ala JAWA.

Puas aku cari Sambal tu...upenya housemate aku letak dalam Freezer. Dah beku, kena lah cairkan dulu.


Pas tuh, aku letak dalam kuali pan, then panas kan... dan kalau you all nak tahu, sambal setan ini dari ZAMAN mak aku anak dara lagi, nama nya diambil sempena atok aku memanggil sambal ini sambal SETAN sebab tersangatlah pedas....SPICY woo...memang agak tak elok kenapa atok aku panggil cam tuh pada makanan, tapi dah atok aku orang jawa dan bekas askar, beliau agak kasar sikit. hee...

First time aku try masa makan dengan UBI REBUS. perghh...LAYAN babe. serius puas gila lah.Lagi-lagi bila panas. Dan sampai sekarang seluruh ahli keluarga dari nenek, mak long, mak ngah, mak uda, ayah teh, pak tam, segala bagai dah mula kemaruk dengan sambal ini. dan proses membuat nya masih lagi RAHSIA. Mak aku memang bagi resipi ini pada yang mahu, tapi ada la skill-skill yang mak aku masih rahsiakan dari mereka...aku pernah tengok salah satu skill tersebut *(bukan skill bola k) dan beliau berkata "'hah, skill ni diaorang tak boleh tahu ni'" Aku cume tersenyum je bila beliau cakap cam tuh...haha.. asal depa mai rumah je terus mintak sambal ini, dan aku pun sebelum balik ke Penang aku akan mintak juga untuk bekalan kat sana...


Bila aku panaskan sambal ini, dia punya bau mak aii..serius mempesonakan tekak aku. Housemate aku dah tertelan air liur sebab mereka pun memang dah terkena panahan kesedapan kelazatan kenikmatan SAMBAL ni...
Nak bukti...? Aku dah tanya sepupu terapat (cik pija zainal) aku yang dah rasa sambal ini...

haa...amacam...?

Lunch kali ini tak kan aku makan sambal je kan. Gila apa. Dah tu aku pun masak la nasi goreng, dengan nasi putih yang aku beli semalam sebab nak makan dengan ASAM PEDAS IKAN PARI masakan CIK BUAH PINGGANG, (seyes sedap gila) aku goreng dengan perencah NASI GORENG KAMPUNG ADABI, tapi aku gaul sekali dengan telur, sebab hasil observation aku bila mak aku masak nasi goreng, beliau akan gaul sekali dengan telur dan hasilnya memang AWESOME. Dan bila aku cuba....

sambal ikan bilis bonda, sambal setan, nasi goreng kampung ebs, asam pedas ikan pari, sarah fairylandOk, dah siap...nasi goreng kampung EBS makan dengan asam pedas ikan pari SARAH fairyland dan sambal ikan bilis Bonda... kalaulah ada JUS BUAH NAGA di kala panas terik ni kan baguih...

Dan semua ini dah selamat dikebumikan dalam perut aku...haha, sorry guys, dah lapar sangat...

Perut dah kenyang, mata dah berat, so sampai sini je lah entry ini...dadadididudu...

notakakicagu: sapa-sapa nak kawen dengan aku kena belajar masak sambal ini dulu ok... LOL.

from chef twokang masak...

Friday, 11 March 2011

Massive Earthquake and Tsunami hit Japan...


Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam, Yang Berhak atas segalanya di atas muka bumi ciptaan-Nya,

SUMBER - bbc news

Negara Jepun yang termasuk dalam lingkaran gempa bumi telah pun dilanda gempa bumi dan tsunami teruk ekoran gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di bahagian timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 pada pada jam 2.46 petang dan disusuli siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Tsunami setinggi 10 meter juga telah melanda pesisir pantai Sendai di Jepun, (MasyaAllah...) dan kemungkinan besar banyak laluan yang terputus dan kerosakan yang besar.


Kita sebagai warga Malaysia hendaklah bersyukur kerana negara kita tidak mengalami sebarang tempias dari bencana tersebut. Mungkin hanya jalinan ekonomi yang akan sedikit tergugat antara dua negara,

Oleh itu hendaklah kita sama-sama mendoakan mereka terselamat dan tidak banyak yang terkorban. Ambillah iktibar bahawa ini adalah salah satu tanda dekatnya hari Kiamat. Subhanallah.

Thursday, 10 March 2011

Nak jugak...! :'(

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Baru dua tiga hari lepas aku call akak aku, tanye kabo. bual-bual dengar cite beliau dan suami beliau dah beli HANDPHONE baru... Ok, Aku dah mula rasa s0mething, tibe-tibe aku rasa panas je handphone aku ni. tak tahu lak kenapa,

Akak aku dah beli nokia E5, dan suami beliau aku tak tahu ape


Tapi Nokia jugak lah, EXPRESS MUSIC KOT...

Aku tak berapa kesah sebab depa memang perlukan HP baru akibat HP depa memang dah tahap boleh baling hanjing.

Tapi, semalam, aku call pulak ayahanda dan bonda tercinta di kampung...

dengar cite ayah aku dah beli sofa baru. Jati lagi kot. seyes shopping sakan family aku, dan kali ini dah buat aku lagi terasa, touch skrin tuuuh... ayah aku pulak tukaq HP..


Waduh pak, gawat ni pak, semua nya ahli keluarga bapak sudah tukar HP nya pak, kok gi mana sih...?
http://www.emocutez.com

Guwa memang tak puas hati. semalam jugak aku call abang aku, then dia kata HP lama dia pun hilang, dalam hati aku berkata-kata yang mesti beliau pun nak beli HP lagi lepas ini..

Arghh! Tak boleh jadi, ini dah kritikal.
http://www.emocutez.com

Guwa tengok HP guwa...


Hp guwa tengok guwa balik...

NAITE -apa lu tengok-tengok...?

AKU -lu xde buat onar sama guwa kan?

NAITE -mana ade..? lu tuan guwa...segala apa yang lu mintak wa bgi woo...

AKU - fine...tapi wa nak mintak satu,

NAITE -apa dia..? jangan nak trade in guwa sudah...

AKU - lu rela kne madu...? dengan I-phone...?

NAITE -lu biar betol...? nak topup kredit pun kena ikat perut...

AKU -haisshhh...ade gak yang kne trade in kang,....

NAITE -opss...sory boss...wa tak kesah...janji lu jgn trade in guwa...

AKU - yelaaa...wa tgah cari madu luu ni...tapi lambat sikit kot...

NAITE - wa memang sayang lu la bos...

AKU - i'm not a gay demn it...

NAITE - ???

http://www.emocutez.com
Guwa dah pernah madukan NAITE ni dengan SE W350i guwa yang cam haram dulu...seyes shit...Spec yang entah apa-apa sampai aku terpaksa tukaq housing dia berapa kali, aku jugak yang salah sebab salah pilih. ini semua salah nyonya tua tuh jugak...demn it...

notakakicagu: guwa nak tunggu ipad phone...amacam...leh update blog dimana-mana...kan cik buah pinggang...:P


from the legendary

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping