Saturday, 5 March 2011

Bila perut lagi tinggi dari dada...oh tidak..!

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi cik wanie dah kejut aku bangun tidoq, dengar-dengar dia kena kerja hari ini, tapi kat opis dia kate dia sorang je, then kadang-kadang beliau akan tidur bawah meja sementara tunggu waktu kerja bermula, gila comel, kalau aku ada time tuh, serius aku snap pic banyak-banyak letak publish kat google.. hahaha
http://www.emocutez.com

Then tengah pikir apa nak post hari ini, aku tengok perut aku, perut aku tengok aku balik, bila mata bertentang mata, maka hati mula berkata (Ustaz Jamnul Azhar punya kias)...

'kenapa kau makin kembung oit'

'mana aku tahu, kau yang makan lebih kot'

'arghh! aku nga pokai ni mana ade nak makan sangat'

'ye ele.. dah kau makan sambil minum air dulu sapa suh, kan aku adh kembong. cepat kempiskan aku balik, malu oit awek tengok'

'nanti aku g gim laa..tapi xde mase'

'pergilah cepat, tu awek tuh dah tengok aku jew...bukan tengok kau...'

'mana aci..! aku lagi hensem dari kau'

' HENSEM TAPI PEROT BONCIT PE BARANG..."

'???'

http://www.emocutez.com

Ok, nasib dia perut aku, kalau tidak dah lama aku tibai, perut, perut,

Mengikut pandangan dari kalangan wanita, ada yang suka lelaki perut boncit dan ada yang tidak, dan ada yang kata lelaki berperut boncit ini BAHAGIA..? tapi aku bahagia ke...? Entah lah, aku rasa ye kot,
Perut buncit ini ada banyak faktor,
  • berulam air ketika makan
  • BAHAGIA dengan orang tersayang,
  • makan rasuah,
  • pengaruh alkohol
Dan macam-macam lagi. Faktor pertama dan kedua dari atas adalah possibility bagi aku. Tapi yang selebihnya harap maaf, aku tak makan or beri rasuah, juga minum air kencing setan tuh...

So, apa solutionnya untuk aku kembalikan sixpacks aku balik ?

-pergi gym dekat kolej Mutiara perempuan tiap malam dengan cycling.
-jual moto dan beli basikal untuk ke UiTM dari rumah(bernas jugak)
-jangan berulam air ketika makan.
-makan biar berpada.

Tapi pasal bahagia tuh aku tak boleh nak halang, nak kata aku bahagia, tak tahulah, waktu ni agak lonely sikit, sikit je lah, sebab ada cik buah pinggang dan cik wanie yang sudi teman aku, :)

Cakap pasal sixpacks, ada perempuan yang tak suka lelaki ada benda ini, tapi tak tahulah, aku pun geli jugak kalau berketak-ketak perut aku, asal nampak je ada 4 or 6 packs tu pun cukuplah, tak perlu nak sampai timbul-timbul, dekat baju. err...macam gay pun ada jugak...
http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com
Comments
3 Comments

3 berkata-kata:

Eryati said...

hehehe comel entri ni

aurikelsan said...

suka yg sedang2 je ;p

tulips etu chinta.. said...

boncit etu sexy !

hahahaah!

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping