Saturday, 29 October 2011

Berani betul dia berak atas pangkuanku!! T-T

 

DM2307~David-Goliath-Poops-Posters

Pukul 5.30 petang, aku habis mandi siap shaving wajah kiut ni. Baru keluar dari bilik air adek aku, Wawa “Bang, mak call tadi suruh siap nak pergi makan chicken chop”

Aik, tau2 je aku baru terbayang nak makan Chicken Chop tu masa tengah shave misai ni haa..Kompem makan kat Hutan Bandar Bistro. Terbayang nak minum Nescafe Ais sambil cuci mata.

 

Yang spoil!

credit to allaboutmenaroundme.blogspot.com
gambar hiasan

Ok, lepas siap segala macam dengan bau minyak wangi Chances dari Silky For Men berombak dalam hidung masing2.

Akak aku dengan anak2 dia pun tengah bersiap lagi, tapi mereka tak ikut sebab si Qarin tak berapa sihat walaupun nampak macam tak sihat. Biasa budak noty, hihi. Emak aku ada jaga lagi seorang anak , anak jiran sebelah rumah. Lepas akak aku balik, aku pikir emak akan tinggalkan budak ini dengan orang sebelah yang juga sedara mara budak ini. Baru 2 tahun tak silap aku (Fitriah namanya). Dah siap berbedak sebab baru lepas buang air besar. So mandi sekali. Then dia ingat dia akan ikot kami jadi konon punya suka menjerit tak tentu hala.  Suka ko kan.
Bila emak dan ayah balik dari mana ntah, kami terus gerak ke destinasi termasuk budak kecik tu sekali.

Dalam kereta selepas 5 minit perjalanan, aku ambil budak itu duduk atas pangku aku, aku rasa lain macam. Bau minyak Wangi Chances tiba2 hilang. Berganti dengan bau yang ntah pape2. Masam! Aku diamkan je, maybe bau minyak wangi adek aku kot. Sebab adek aku yang dukung dia tadi.

Aku biarkan dia duduk atas pangku aku, selalu dia aktif je. Kali ini dia diam. Ermmm, Curiga disitu.

Kenapa aku rasa macam basah2 jee, Arrghh! Aku letakkan dia kat tepi. Tak sampai 2minit adek aku ambil budak tu pulak. Masa ini dah lepas traffic light Angsana.

Mereka bergurau senda. Tiba-tiba emak aku bersuara…..

”Kenapa ada bau masam ni, Fit berak ke Najwa?”

Adek aku terus check tanpa perlu disuruh. Muka beliau berubah.
 
“Ermmm!”

Aku tepuk dahi! Dah agak daaa!


Emak aku terus paling belakang sekaligus menyambar bahagian tubuh Fit yang terdekat untuk melepas geram.. Ayah geleng kepala tanda kecewa. Sudah lah tak bawa lampin lebih. Kang ade jugak kena tinggal tepi jalan.

Arggh!! Kenapa lah dia boleh berak atas pangkuan akuuu! Dengan adek aku sekali kena. Dah la nak pergi makan. Jatuh saham aku weyh!!

Masa dah sampai jalan Lingkaran Dalam, aku dirikan si FIT ni. Duh! Dah tembus, hareem betul. Aku biarkan dia berdiri. Takot tertembus ke curtain kereta kesayangan ayah ni pulak. Kalau kena memang habis Si Fit ni kena belasah. Rasa macam nak tinggalkan je budak ini kat CarWash kejap!

IMG_0305

Kenapalah kau berak Cik kak oit!!

Bila dah sampai, kami makan je laa tanpa pikir pasal apa yang Fit dah buat. Terus balik. Ayah aku dah mula tak tahan. Beliau bukak tingkap dan rasa nak muntah, kami yang lain tak terkecuali. Apa lagi!  120km/h kereta dipecut!

Dah sampai rumah, aku terus bukak baju dan seluar Jeans kesayangan aku masuk dalam washer machine.

Masa aku nak mula taip entry ni mak aku dah merungut

”Ya Allah Pull, Bau nyeeee, MASAM!!”

Epul dah bau tadi mak, tapi ingat bau minyak wangi Wawa ke, tu yang Epul diamkan je. Tak sangka pulak dia berak! Ceh!” Kata aku sambil bau2 kat tempat yang dia duduk atas pangkuan aku tadi (Nasib)

IMG_0308

Bagi makan jugak walau dia dah spoil dinner kami. Langsung tak nak tengok muka ayah tu!


notakakicagu: Ajarlah anak anda untuk berkata-kata sekiranya mereka hendak membuang air, dan sediakan payung sebelum hujan yeee…

Comments
3 Comments

3 berkata-kata:

Ce'gu JAERA said...

ahahaha... lucu juga ya... memang budak2 selalu macam tu.. kadang2 nak berak atau kencing mereka buat diam2 je.. tak pasal2 kita kena.. ehehe

salam kunjung mengunjung.. ada masa jenguk2 lah blog Gen2Merah ye.. salam persahabatan.. (",)

Liey A Col by Lieyana Ahmad said...

ish3 . . spoil . nak marah pun mst tak smpai hati. sbar je le. hahaha

Encik Bedak Sejuk said...

Gen2merah:

biasalah kan budak2... sabar je laa... nasib la beliau kiut... =="

Lieyana:

sabar tu tak kesah...bau ni yang tak tahan... haha

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping