Thursday 17 May 2012

Personal: Cerita lama yang baru nak dihebohkan.

 

deanslogo_copy

Oleh sebab aku dah lama tak update blog, dan hari ini aku nak cerita apa yang berlaku sebenarnya dalam masa 6 bulan tersebut.

Aku mengambil keputusan untuk berhenti sementara dari berblogging gara-gara down. Down sebab keputusan aku semester 5 amat tak memuaskan. Bawah 3 bro. Aku tak tahu pasai pa. Seriusly memang aku down. Then memandangkan CGPA aku berada diparas bahaya (cukup-cukup makan) untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat  DEGREE atau pun SARJANA MUDA kat UiTM jugak, it’s can be a good reason.

Semester 6 iaitu semester akhir untuk aku push up my CGPA. Cuba ubah slow2 sikap aku yang main2 masa tu. Macam sudah terlambat kan? Tapi semester ni seriusly banyak projek kena setelkan. Dari Taking Off, Design Project, Entrepreneur Day, dan SITE VISIT lagi. Kebanyakan kerja ada yang aku buat cepat, ada yang aku tangguhkan Sikap suka tangguhkan kerja tu lah yang buat aku leka selama ni dan semester akhir ni aku cuba ubah slow2 dan penyebab aku menjadi orang yang selalu meraikan kejayaan orang lain yang dapat Dean List.

DSC02275Dua fail tebal ni adalah untuk satu projek, nasib buat dalam group. 5 members per group.

logo DUA

Yang atas ni adalah logo untuk projek ETR 300 atau Fundamental of Entrepreneurship di mana kumpulan kami memproses ais krim Yogurt dengan topping sekali. Feedback yang kami dapat amat2 memuaskan. Winking smile

Site visit pada semester 6 ni cuma ada pergi ke construction site di Jalan Raja Uda dan ke Ulu Paip. Banyak pengalaman aku bila pergi tempat2 macam ni.

DSC00714

Raja Uda Construction Site

DSC00590DSC00568

Ulu Paip Recreational Forest.

Cik Pelangi, my sweet love, the one that always beside me even she’s not there, selalu teman aku siapkan projek yang berlambak atas meja study tu. Macam mana dia teman?? SKYPE la pe lagi. A medium that always connect both of us. Kadang sampai beliau tertidur2. :’) Terima kasih sweetpie. Jasamu dikenang hingga akhir hayat, nanti kanda belanja choki2 ye Smile with tongue out Beliau memang cukup paham dengan situasi aku. Buat aku terharu.  

Banyak pengalaman aku dapat masa semester 6 ni, penat lelah pun berbaloi jugak akhirnya dimana aku dapat meraikan kejayaan aku sendiri, iaini aku mendapat keputusan yang boleh dikatakan berbaloi. DEAN LIST untuk semester 6 dengan CGPA aku dapat up sikit.

ALHAMDULILLAH! Berkat doa dari emak dan abah serta adik beradik aku yang lain, serta kerjasama dari pihak tertentu dan usahasama dari rakan2 dan yang tersayang. Aku dapat menamatkan Satu lagi peringkat pendidikan iaini DIPLOMA dalam bidang Kejuruteraan Awam. Semoga semua ilmu yang aku dapat dari pensyarah, rakan-rakan dan pihak yang aku pernah berinteraksi, boleh aku gunakan untuk masa akan datang. Tak sabar rasa nak naik atas pentas masa konvo nanti! Wee~~

 ‘Masa depan dibeli oleh masa sekarang’

Samuel Johnson.  

DSC00590

SmileI’m nothing without their support! Smile

Comments
1 Comments

1 berkata-kata:

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping