Wednesday 23 May 2012

Personal: No more Chances.

DSC02306

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Semalam aku pergi Plaza Angsana dengan dua tujuan. Tujuan pertama aku nak teman seorang member aku yang nak cari kerja kat sana. Seriuosly memang banyak kerja kosong yang ditawarkan lebih-lebih lagi butik yang membuatkan aku yang kaum lelaki terpikir secara automatik yang majikan ini hanya mahu perempuan sahaja sebagai pekerja mereka. Lelaki mana ada nak kerja dengan butik-butik ni. Aku pun tak nak melainkan butik-butik sukan dan yang berkaitan dengan lelaki.


Ok, tujuan yang kedua ialah aku nak mencari barang, shopping sikit la. Nak beli selipar or sandal menggantikan flippers aku yang hilang lepas solat Jumaat di Masjid Ungku Tun Aminah. Bukan sekali, dah tiga kali selipar aku kena rembat. Balik aku selamba kaki ayam bawak motor. Lepas cari selipar sambil teman member aku sorang ni usha kerja kosong, aku pergi Guardian nak cari perfume kegemaran. Cari punya cari, tak jumpa. Hampa. Hampir setahun aku guna perfume ni tau. Dan ia juga ada pasangannya. Bau dia pun aku suka jugak dan ia digunakan oleh Cik Pelangi kesayangan. Nak tahu perfume apa?

Di Watson pun dah tak ada perfume ni. Apatah lagi di farmasi berdekatan. (Apa pun tak boleh)…Jadi aku try perfume-perfume lain. Aku ni suka haruman yang lembut macam perfume yang atas ni. So bila try satu-satu perfume (Sampai bercampurbaur) dari bau tengik hingga lah tercium satu bau perfume ni. Bagi aku harganya berpatutan dan mempunyai haruman yang lembut.

DSC02307DSC02308

Gatsby BLISS dengan harga RM14.36 sen kurang setengah harga berbanding harga CHANCES tapi bauan memang sedap walaupun tak dapat mengalahkan haruman dari CHANCES. Berbaloi la jugak.Aku harap haruman dari BLISS ni dapat mencairkan Cik Pelangi nanti. HEHEHE…

Comments
1 Comments

1 berkata-kata:

Anonymous said...

aku suka perfume playboy malibu...bau die x kuat tp wangi dan tahan lama

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping