Saturday 12 March 2011

Aku, Dapur, dan Sambal Setan...

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Pagi Sabtu aku bangun selepas cik buah pinggang kejut aku. Then pas aku setelkan basuh baju, terus terpikir nak masak nasi goreng, tapi kalau ak perkena dengan SAMBAL SETAN masakan mak aku, memang tak sah lah. Rasa aku buat dua entry pasal makanan sebelum ni. Mula Cheezy wedges, then Big n Tasty pulak, dua-dua western, kali ini aku buat makanan ala JAWA.

Puas aku cari Sambal tu...upenya housemate aku letak dalam Freezer. Dah beku, kena lah cairkan dulu.


Pas tuh, aku letak dalam kuali pan, then panas kan... dan kalau you all nak tahu, sambal setan ini dari ZAMAN mak aku anak dara lagi, nama nya diambil sempena atok aku memanggil sambal ini sambal SETAN sebab tersangatlah pedas....SPICY woo...memang agak tak elok kenapa atok aku panggil cam tuh pada makanan, tapi dah atok aku orang jawa dan bekas askar, beliau agak kasar sikit. hee...

First time aku try masa makan dengan UBI REBUS. perghh...LAYAN babe. serius puas gila lah.Lagi-lagi bila panas. Dan sampai sekarang seluruh ahli keluarga dari nenek, mak long, mak ngah, mak uda, ayah teh, pak tam, segala bagai dah mula kemaruk dengan sambal ini. dan proses membuat nya masih lagi RAHSIA. Mak aku memang bagi resipi ini pada yang mahu, tapi ada la skill-skill yang mak aku masih rahsiakan dari mereka...aku pernah tengok salah satu skill tersebut *(bukan skill bola k) dan beliau berkata "'hah, skill ni diaorang tak boleh tahu ni'" Aku cume tersenyum je bila beliau cakap cam tuh...haha.. asal depa mai rumah je terus mintak sambal ini, dan aku pun sebelum balik ke Penang aku akan mintak juga untuk bekalan kat sana...


Bila aku panaskan sambal ini, dia punya bau mak aii..serius mempesonakan tekak aku. Housemate aku dah tertelan air liur sebab mereka pun memang dah terkena panahan kesedapan kelazatan kenikmatan SAMBAL ni...
Nak bukti...? Aku dah tanya sepupu terapat (cik pija zainal) aku yang dah rasa sambal ini...

haa...amacam...?

Lunch kali ini tak kan aku makan sambal je kan. Gila apa. Dah tu aku pun masak la nasi goreng, dengan nasi putih yang aku beli semalam sebab nak makan dengan ASAM PEDAS IKAN PARI masakan CIK BUAH PINGGANG, (seyes sedap gila) aku goreng dengan perencah NASI GORENG KAMPUNG ADABI, tapi aku gaul sekali dengan telur, sebab hasil observation aku bila mak aku masak nasi goreng, beliau akan gaul sekali dengan telur dan hasilnya memang AWESOME. Dan bila aku cuba....

sambal ikan bilis bonda, sambal setan, nasi goreng kampung ebs, asam pedas ikan pari, sarah fairylandOk, dah siap...nasi goreng kampung EBS makan dengan asam pedas ikan pari SARAH fairyland dan sambal ikan bilis Bonda... kalaulah ada JUS BUAH NAGA di kala panas terik ni kan baguih...

Dan semua ini dah selamat dikebumikan dalam perut aku...haha, sorry guys, dah lapar sangat...

Perut dah kenyang, mata dah berat, so sampai sini je lah entry ini...dadadididudu...

notakakicagu: sapa-sapa nak kawen dengan aku kena belajar masak sambal ini dulu ok... LOL.

from chef twokang masak...
Comments
3 Comments

3 berkata-kata:

fasy shane said...

aku suka sambal bilis pedas

Cekodok Pisang said...

salam ziarah...from cekodok...
:-)

hafizaizati said...

pehh ~ memang thumbs up la :D
sedappp. . ~ n sambal tu sememangnye mknan orang jawa macam saye :)

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping