Thursday 31 March 2011

Setelah 17 tahun mereka 'pergi'...


Bismillahirrahmanirrahim. dan Assalamualaikum...

Hari ini, bersamaan 1 April 2011, 27 Rabiulakhir 1432 Hijrah, Genap lah 17 tahun permergian ibu kandung aku iaitu Armahhumah SALMAH BINTI MOHD HAYAN ke Rahmatullah. Beliau pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah menghidap penyakit Barah Payudara.

Aku tidak lupa untuk menghadiahkan bacaan Yassin kepada beliau, tidak lupa juga pada Armarhum MOHAMAD NIZAM BIN MOHD NASIR, selaku arwah abang sulung aku (berbaju biru).

Aku agak sebak, rindu pada mereka berdua semakin menebal, rindu akan pelukan mereka, agahan mereka sewaktu aku masih kecil, yang aku ingat, aku dikejutkan oleh seseorang dan membawa aku ke laman rumah, yang aku lihat hanya sekujur tubuh yang diselimutkan hingga ke muka, aku disuruh mencium dahi insan tersebut setelah kainnya diselak, dan aku yang masih tak tahu apa-apa, hanya menuruti. Sampai satu masa, baru aku sadari yang dahi insan tersebut adalah dahi arwah abang long aku yang akan pergi buat selama-lamanya, Kucupan Terakhir.

Puas aku meneroka segala memori yang mungkin tersimpan ketika bersama mereka, tapi masih samar. Hanya cerita dari adik beradik aku yang lain.

arwah along, arwah ibu, dan aku tika masih kecik... :')


CERITA ANGAHKU

Sebulan sebelum kejadian, abang long aku menjadi sangat rapat dengan aku, dan aku sering meminta coklat BOLA kegemaran aku apabila arwah balik dari pengajian. Dan arwah hanya menuruti tanpa banyak keluhan.

Arwah ibu amat gemar memasak asam pedas ikan duri, dan masakan tersebut amat digemari semua saudara mara kami. Arwah sangat penyabar, tika masa itu ayah merupakan seorang yang panas baran untuk mendidik anak-anak beliau.


Mungkin di luar sana, ramai yang masih mempunyai ibu bapa kandung. Mereka bertuah, tapi aku tetap juga merasa bertuah, kerana aku tidak punya dosa kepada arwah ibu, aku tak pernah tinggi suara pada arwah, aku tak pernah masam muka dengan arwah. Itu kelebihan aku, cuma...aku perlu jaga abah aku bila aku besar nanti, itu mungkin arwah pesan pada aku dulu. Aku sayang mereka berdua. Abah aku juga tak pernah lupa aku, dia tetap mecari seseorang pengganti arwah untuk jaga aku. Abah tak nak aku dijaga orang lain walaupun saudara beliau sendiri. Beliau nak aku membesar depan mata beliau..

.TERIMA KASIH ABAH, TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH EMAK...

the IRONMAN (abah) dan the wonderwoman (emak)

ya Allah ya tuhan ku,tempatkanlah roh arwah ibu ku ini dikalangan orang2 yg solehah..cucurilah rahmat ke atasnya,jauhkan lah dia drpd siksaan kubur dan juga api neraka..kurniakanlah kenikmatan syurga padanya...sesungguhnya hamba Mu ini hanya mampu untuk berdoa untuk kesejahteraannya disana..amin..Al-fatihah...
Aku rasa cukup sampai sini sahaja entry kali ini. Sebab esok aku akan hadap test. Study agak tunggang langgang sebab aku masih lagi DOWN. tapi sahabat aku masih lagi tak jemu-jemu naikkan semangat aku, THANKS SAHABAT, nanti aku cerita pasal beliau. Nak sambung study sikit dan mimpikn arwah, Insyallah,

notkakicagu : hargailah mereka yang masih hidup, dan jangan lupa pada mereka yang telah 'pergi' ...



dari yang merindui...
Comments
8 Comments

8 berkata-kata:

[k]o{q}i[n] said...

takziah bro. harap ko sentiasa tabah. ada hikmah disebalik setiap kejadian. gud luck for test tomorrow k.. Alfatihah..

AimiAel said...

sabar akh..anda memang tabah..

aNiss :):) said...

aminn! al fatihah :) gud luck 4 da test :)

Alia Natasha said...

al-fatihah :) and all the best ^^

Invisible Me said...

moga roh mereka ditempatkan bersama org2 beriman.
al-fatihah~

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

sebak bila baca . tabahlah . hidup penuh dugaan .. gudluck !

Unknown said...

Salam Bro..kalau x keberatan abang ko meninggal sebab apa?

Encik Bedak Sejuk said...

thanks all...

khairil : beliau meninggal dunia sebab accident motor, luka dalaman yang parah penyebab kematian. sangat sedih...

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping