Monday 23 May 2011

Cerita kreatif aku bersama BEN ASHAARI…

image_thumb[5]

Director : Bro Ben Ashaari

Drama: Gara-gara bangun lambat… Just kidding

Watak-watak:

1.Encik Bedak Sejuk

2. Cik Eka

3. MTT

4. Bro Wacana

5. Aidanatasya

6. Miss Iera

7. Eyqasara

“Suasana di ERL agak sibuk, namun beliau masih lagi tercegat di situ dalam keadaan gelisah. Menanti saat kedatangan ERL dari arah selatan. Dengan sebuah beg yang dihenjut-henjut sejak menunggu ERL dari pukul 8.45 tadi, Kegelisahan ditambah dengan kehairanan tatkala orang ramai melihat beliau. Ada yang ketawa, ada yang menggelengkan kepala, ada yang mengerut dahi, malah cashier MISS IERA dan pembantunya Eyqasara yang menjual tiket ERL tadi pun tersenyum umpama sindiran. Selepas berapa tika beliau berganjak dari kaunter, terdengar gelak tawa yang mengalahkan Ponti …

’Aku hensem kah hari ni’ Encik bedak sejuk bermonolog perasan.

Dalam ERL, MTT memerhatikan Encik Bedak Sejuk dengan penuh kehairanan, mahu saja beliau ketawa di situ jugak, tapi untuk menjaga kesopanan dan perasaan Encik Bedak Sejuk yang duduk dihadapan beliau tetap bertahan.

Bukan sahaja MTT, malah Aidanatasya dan Bro Wacana juga memerhatikan Encik Bedak Sejuk yang kegelisahan tapi menunduk muka. Mereka berbisik sambil ketawa tertahan-tahan sambil memandang beliau.

Encik Bedak Sejuk masih lagi dalam kegelisahan, pelbagai persoalan bermain dalam kotak fikiran beliau. Sudahlah beliau terlambat ke pejabat, kini dia dipandang seperti badut dalam ERL. Arghh! Pedulikan…

ERL yang membawa mereka terhenti di satu perhentian, Encik Bedak Sejuk terdongak dan mencari sesuatu, mungkin seseorang. Ramai yang berpusu-pusu keluar dan tak kurang juga yang masuk kedalam ERL. Cik Eka datang dan terus duduk di sebelah Encik Bedak Sejuk dan memandang lelaki itu dengan penuh kehairanan, Tepat pada mata beliau. MTT, Aidanatasya dan Bro Wacana turut menyaksi dan mendengar perbualan mereka.

Cik Eka: Yang ang ni serabut pasai pa?

Encik Bedak Sejuk: Kalut la, dah lambat masuk kerja ni…

Cik Eka: Kalau ya pun, jangan pakai bedak tu tebal sangat cik abang oit. Ang mesti tak mandikan…?

Encik Bedak Sejuk: syhh…tak sempat, ang tau ja la, bangun pukui 8.30 tadi, Bangun, pakai baju terus gerak mai…

Cik Eka: Ang ni, kalut! Ang nak tahu dak pasai pa orang pandang ang macam beruk kapla Donga?

Encik Bedak Sejuk: Hah! Tu yang aku duk pelik tu? Pasai pa?

(MTT , Aidanatasya serta Bro Wacana mula menantikan saat yang di tunggu dengan memicingkan telinga dengan perbualan mereka)

Cik Eka: MUKA ANG TU… DAH LA TAK MANDI, BEDAK SEJUK YANG ANG PAKAI MALAM TADI KOT MASIH BERTEPEK KAT MUKA… TAHU LAH ANG NI JAGA MUKA, TAPI JANGAN SAMPAI KAT LUAQ PUN NAK PAKAI BEDAK SEJUK OIT.. ! LAGI SATU, TU SELUAQ ANG TUH, ERL DAH SAMPAI, TAPI KERETAPI ANG TAK SAMPAI LAGI… SELEKEH PUNYA LAKI, Harap ja minyak wangi mahal, Hugo Boss Limites Edition konon…Wekkk, !

Encik Bedak Sejuk: Erk..!!! Aku lupa nak basuh muka aku pagi tadi. Rushing kot nak pi kerja, cuma sempat pakai minyak wangi ja……adui!! patot cashier dengan geng dia tadi ketawa lepas aku belah dari kaunter tiket kat ERL CENTER tadi. Perghh!! MALU AKU…! (sambil menutup muka dengan beg kerja beliau dan membetulkan zip seluarnya sekali gus)

MTT, Aidanatasya dan Bro Wacana serta yang berada berdekatan dengan mereka ketawa terbahak-bahak menyaksikan kejadian tersebut termasuklah Cik Eka sendiri.

----------------------------------------

notakakicagu: Agak panjang entry ni, maaf ye director, idea datang spontan… hee…andai tersalah bahasa, tersalah tag link, dan sebagai nya harap maaf ye... hamba cuma manusia biasa... :)

Comments
10 Comments

10 berkata-kata:

BeloG MTT said...

Hahaha best2...MTT follow sini .. ;)

Puan Eka said...

hahaha....eka jadi pelakon utama lah..hahahaha

patut nama belog awak encik bedak sejuk..suka bedak sejuk eh..hehehe

Aidanatasya said...

Tima kasih sbb tag sy.. Walupun watak berbisik dan gelak heheh..

Mantap penceritaan.. I like :)

suha said...

diz best bro!

husairi zulkifli said...
This comment has been removed by the author.
husairi zulkifli said...

menarik..ini serius!!
hahaha

bicara mak dara said...

tetiba teringat dialog ahmad nisfu..pakai bedak banyak banyak.. cantik tak? hehehe

surianisiti said...

Hahaha,.. dy pun xley belah jugak.. bedak oh bedak.. :p

Rosmawani♥ said...

datang dr blog abg ben :)
jom follow sy jgak di rizaros.blogspot.com untuk semangat sy.. thk u.. :)

Rara said...

hihi.. tengs incik bedak sejuk.. ^^'

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping