Wednesday 11 May 2011

Movie review > FAST 5...Cool!!

Fuu, bahang terasa sampai ke malam, panas woo, aku sampai pening kepala tak terhingga petang tadi sebab tolong ayah aku mengecat rumah. Nak sambut raya katanya.


Ok, aku nak buat review pasal movie yang terbaik bulan ini. Cewah... Nak tahu movie apa?


Fast and Furious 5



Masa ini aku pergi CS(City Square) dengan 6 orang lagi member aku dan 3 daripadanya tak tengok movie ni atas sebab salah seorang daripada kami mahu balik cepat. Spoil la lu Jiwakarat. HAHA


Macam dalam entry ini, movie yang aku tengok ni ada dalam list yang aku wajib tengok dan yes, terbukti memang AWESOME ini movie. Dengan adanya ahli gusti stylo (DWAYNE JOHNSON) beliau memang stylo bila berlakon, serius SEMART dengan bawa watak Ketua Unit Elite untuk mengesan penjenayah. Dan lagi satu macam biasa lah tiga lagi watak faveret aku Vin Diesel, Paul Walker and siapa ntah perempuan awesome tuh... lupa lak nama beliau. Hah! Mia Torreto a.k.a Jordana Brewster. hihi



Filem dimulakan dengan adegan menyamun kereta dari kereta api. Macam biasa lah siapa lagi yang curi, Dominic Torreto a.k.a Dom (Vin Diesel) dan Brian O'Conner (Paul Walker) tak ketinggalan juga adik kepada Dom bersama rakan kongsi dari Brazil. Tapi sayang kalau tak kerana rakan kongsi tu berbuat dajjal bila nak samun kereta mewah dari Unit DEA mungkin unit DEA takkan perasan barang mereka disamun. Tapi apa nak kata, dah movie kan. Unpreditable kot. Sampai cik Rahmatunisa a.k.a Cha yang duduk sebelah aku menjerit dalam adegan yang suspen dalam cerita tu. Aku yang fokus ni pun nasib tak terjerit sekali. Sentap hati mak nak. :P


Ok sambung balik, Dom ini mana boleh tak terlepas dari siapa yang mengejar beliau yang disyaki menjadi penjenayah yang membunuh ajen unit DEA. Dan mula lah Agent Hobb's lakonan The rock memainkan peranan menangkap Dom dan Brian. Kejar mengejar merupakan adegan wajib dalam satu filem bahkan juga realiti. (teringat aku dulu main polis entry)


Bila Dom yang kepala geliga dah tahu pasal activity jahat penguasa Brazil yang mengkhianati beliau dulu, mulalah beliau kumpulkan semua rakan-rakan yang memang ada kepakaran masing2.




Tak larat aku nak sebutkan satu-satu. You all tengok lah sendiri... dan jangan lupa view site mereka yang awesome ni


http://www.fastfivemovie.com

.


Banyak character faveret aku dalam movie ni, tak sabaq nak download dan tengok sampai lebam.... ^^

Bukan setakat character, kereta-kereta dalam movie ni pun memang terbaik, aku amazed dengan kereta polis yang mereka curi dari balai,


Character paling aku rasa stylo dan cool dalam movie ni haa...tu dia, dah mai dah,

Sung Kang


Dia ni memang cool dalam apa jua situasi melainkan bila dia tengok minah Gal Gadot ni...



Kalau aku pun tergoda lah vai... huhu

Ok lah, kang aku taip vanyak-vanyak, spoil mood you all pulak. Tengok jangan tak tengok...



Nota kakicagu: Aku bagi rating movie ni 4.9 over 5 dude..

SUMBER GAMBAR DARI FACEBOK DAN GOOGLE

Menanti cerita KONGSI...

.
Comments
2 Comments

2 berkata-kata:

mySara said...

perghh, Vin Diesel yg sangat mannto0ppppp...

cik RQS said...

fast five: awesome!..=)

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping