Monday 17 January 2011

tragedi DARJAH ENAM di SKPR...

LOCATION: depan Lappy, 313, Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang...
Time: 18.45, Malaysia time...

Bismillahirrahmanirrahim


Lebih kurang setengah jam sampai la sekarang, EBS mengonline kan diri ke dunia maya FACEBOOK serta 1MALAYSIA.COM (juga blogger) yang baru EBS daftar dalam berapa hari ini untuk mempromosi blog dan mencari teman (tak lupa juga jodoh) baru, salah seorang rakan sekolah rendah di SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN RINTING (SKPR) yang agak lama EBS tak berjumpa bernama (HUMAIRA MASRI) telah mem"BUZZ!!!" EBS dekat FB.

Huh, memang EBS ada kisah dengan beliau yang tak dapat EBS lupakan sampai lah sekarang...

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2003, ketika kami kelas 6 Arif sedang menjalani kelas tambahan sains di makmal Cikgu Noreezan yang sejuk nak gila, macam biasa lah kami budak-budak hingusan time tu memang nakal-nakal, laki perempuan suka usik mengusik. Tengah mummaiyiz la katakan, dan masa itu EBS juga suka mengusik beliau (cik HM) ni, sebab dia kiut time tuh dan rakan baik EBS ada menyimpan perasaan terhadap beliau (ehem2),

jadi dalam usik mengusik tuh, mestilah ada yang tak puas hati, dan yang tak puas hati itu adalah EBS, dengan tak semena-menanya, EBS tanpa berfikir panjang (budak-budak lagi), berlakulah adegan kejar-mengejar dengan beliau dalam makmal tersebut,

EBS pada masa tu bukan kejar dengan tangan kosong, tapi dengan buku setebal setengah inci, terus memukul lengan beliau dengan bahagian tepi buku yang keras (ala, takkan tak tahu...)
Lepas itu, EBS rasa beliau nangis kot, sebabkan da puas hati pukul beliau EBS tak ambil peduli lagi...( sory ye HM) hhheee....

EBS pun ada takut-takut juga kalau-kalu beliau mengadu kat AYAH beliau, dan.....

perkara ini memang terjadi, di kala malam solat hajat darjah enam, sekitar pukul 10.30 malam(tak silap lah) EBS dah pun selamat masuk kereta... tapi ayah EBS suruh EBS masuk kembali ke dalam perkarangan sekolah untuk mengambil makanan serta minuman free yang disediakan.

Lepas EBS dah dah ambil makanan tu...

EBS lalu dekat-dekat parking motor, dan tiba-tiba ada seorang pakcik menolak motor beliau ke belakang untuk menghalang EBS lalu, ternyata PAKCIK itu adalah AYAH kepada cik HM, ahhh...sudah...

Cik HM pun ada dekat situ, betul-betul kat belakang ayah beliau...adui...dengan renungan mata dari dua beranak ini, buat EBS mahu je terkucil, tapi naseb baik empty tank, kalau tidak...malu ceq oi...

http://www.emocutez.com



" Kau anak nasir kan...?"

"ye pakcik"

"mana ayah kau...?"

"dah dalam kereta pakcik..."

"naseb baik.., asal kau pukul anak aku...??? kau pukul dia pakai tepi buku yang keras tu kan...??
kau tahu tak tangan dia bengkak...?? sampai kena pergi klinik...!! sampai mak dia nangis-nangis..!! bertuah betul punya budak...LAIN KALI JANGAN BUAT LAGI TAW...??!! "

dengan lutut mengigil>> " ye..yeee pakcik...ma...maap paa...pakcik......"


http://www.emocutez.com
EBS yang ketakutan masa tu tanpa menghiraukan malu dengan orang ramai terus berlari, sempat juga menjeling beliau yang sedang mencuka tu...aduh..maap lah HM, tak sengaja lah...

haha...

Pertemuan singkat tu dah cukup mengajar EBS supaya lebih hormat pada orang perempuan (terutamanya cik HM)...
Naseb baik EBS agak hati kering time tuh...kalau tidak dah nangis daa...hahaha...

Dan setelah sekian lama tak berjumpa, akibat dari eksiden tersebut, ini antara respon kami...








lalalala....time ni cik HM dah offline, tak sempat nak buka cerita baru...tapi tak kesah lah, umur panjang boleh berborak lagi kan cik HM..mahu juga dia tegur, tapi rupe-rupenye beliau tak ingat jugak...ape daa...hee

ape-ape pun, Kenangan atau tragedi antara kami takkan EBS lupakan sampai bila-bila, sebab time tu lah EBS tengah nakal, biasa lah...budak-budak...

dan naseb lah AYAH EBS tak tahu, kalau lah beliau tahu kan...Memang nahas la EBS, Makan gayung n tali pinggang la jawabnya... hee

http://www.emocutez.com

nota kaki: you all ada kenangan lain, meh lah share...jangan nakal-nakal tau...dan pada cik HM, maaf lah ye...time tu tengah nakal...ala, kamu pun sama je...tetap "kiut" sampai sekarang...lalala....

Comments
2 Comments

2 berkata-kata:

eyqahaziqah said...

woo .. saket tuh kena pukul .. kalo eyqa dah meraung dah .. haha .. kngan ? tak de kot .. baik jeh time kecik .. huhu ( perasan jeh )

budakbantalbusuk said...

bro..wohooo.. secrete behind the scene..muahahahah. like it! :)

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping