Tuesday 12 April 2011

MOUBM - MINGGU ORIENTASI UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA. Cool...!


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum....

Nama diberi: Mohamad Saiful Bin Mohd Nasir
Nama panggilan: Epuy
Nama blog: Encik Bedak Sejuk

sejak bila blog ini dibuat: Blog ini dibuat pada 6-2-2010 dan pada masa itu masih lagi kurang aktif disebabkan kurang pengetahuan tentang dunia maya. Jadi sejak bulan 11 2010 hati mula terdetik untuk mula melebarkan jaringan sosial di dunia maya dan ingin lebih mematangkan diri dengan keadaan globalisasi dunia yang semakin mengecil selain menambahkan ilmu pengetahuan di dada. (skema gila ayat)

Pandangan mengenai dunia blog masa kini:
Dunia globalisasi semakin mengecil dengan adanya teknologi yang semakin canggih dan blog juga merupakan salah satu teknologi tak terkecuali yang semakin digilai ramai. Bukan sahaja tempat untuk meluahkan rasa hati, malah ia dijadikan tempat untuk menjana pendapatan sampingan juga pendapatan kekal seseorang. Entry-entry lebih banyak pada isu-isu semasa, promosi produk, personal dan lain-lain merupakan idea-idea yang popular untuk dikongsi di blog mereka. Tidak terkecuali mereka hanya berblog untuk menaikkan nama seseorang atau nama sendiri untuk kepentingan peribadi atau hanya untuk berkenalan dengan lebih ramai orang. Jadi, blog ini amat sesuai untuk semua peringkat umur dan raktat Malaysia perlu lebih peka dalam merapatkan diri dengan dunia blog agar kita tidak ketinggalan dengan ICT yang semakin maju ke hadapan.

Pandangan mengenai IPTM (Institusi Pengajian Tinggi Maya):

IPTM atau dengan nama penuhnya Institusi Pengajian Tinggi Maya adalah di luar jangkaan saya kerana tidak pernah terpikir di dalam minda kerana blog juga mempunyai institusi maya sendiri, itu yang membuatkan saya rasa kagum kepada admin UBM kerana berjaya mencipta satu idea yang bernas. UBM juga boleh dijadikan tempat untuk rujukan blooger baru yang masih tercari-cari jalan penyelesaian dalam memajukan blog mereka. :)

Do the best, to be the best...
Yang cool,

Tarikh tutup untuk MOUBM ini adalah 13 April 2010

You all boleh KLIK sini untuk ke blog UBMALAYSIA. :)
Comments
3 Comments

3 berkata-kata:

Nizam said...

singgah dari UBM.... jenguk2 blog nizam yer... hehehe... :P

CikTomyam said...

salam singgah student UBM gak..amek kos apa? wakakkaa...

@taufiqhelios said...

datangh tanda asgment :)

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping