Wednesday 16 November 2011

Hari kedua bersama Cik Pelangi.

 

DSC02084

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku nak update entry permintaan Cik Pelangi tentang temu janji kami yang kedua selepas beliau susah payah mengemaskini entry temujanji yang pertama dulu. Ia berlangsung pada tarikh 14.11.2011.

13.11.2011

Aku agak kalut masa ini. Sebab tiket ke Kluang tak beli lagi. Selalunya aku tumpang rumah akak aku yang dekat dengan Stesen KTM Kulai. Hampir 1km jugak. Tapi aku relax. Siap jalan-jalan dengan emak aku pergi rumah makcik dan makan sampai 4 kali tambah. Lauk kurma ayam lak tu( Seyes aku tak rasa apa-apa)
Petang tu, akak aku dah standby, aku pun. Jadi, kami gerak ke Kulai  dan terus ke Stesen, brader yang jual tiket kata tiket pukul 9.00 boleh beli pukul 8.00 pagi esok. Aku terus setuju dan balik sambil fikir aktiviti apa nak buat dengan minah sorang ni. Haha. Aku decide aku akan naik kereta abang ipar yang selalu pergi kerja pukul 8.00 pagi. Sambil-sambil tu boleh isi perut kejap.

14.11.2011

Pagi itu, Cik Pelangi kejutkan aku subuh. Seronok dengar suara dia tiap pagi.Serius tak tipu. Pukul 7.54pagi aku dah gerak dengan abang ipar aku. Tengok kaunter masih tutup aku terus gerak ke gerai makan. Nasi lemak dan nescafe tarik jadi pilihan. Sayang tak habis nescafe tu aku minum sebab manis sangat. Cis.

Dia (Cik Pelangi) mesej beliau sedang mendaki Gunung Lambak…Dan aku …(???) Apa lah dia buat pagi2 dah mendaki masa hari date. Kalau ye pun tunggu la aku. Cis.

=======

video ini aku rekod… dramatik sikit.


Aku sampai di Kluang pada pukul 10.07 minit pagi dekat stesen Kluang. Hampir 50 minit dari Stesen Kulai. Terus aku mencari kereta Kancil beliau dan tersenyum sambil menghampiri. Aku agak tak ingat masa ini, hampir keawangan sebab angau dalam kepala(bukan tungau ok) Aku agak seriau bila dia drive. Kalut. Mana aku tak bising. Laju bukan main. Bukan aku tak nak drive tapi jalan Kluang aku tak expert sangat. Maybe date ketiga aku drive insyaAllah.  Kami tanpa buang masa terus ke Kluang Mall dan cari parking sambil berbual hal merepek. Biasa la kan. Sekepala.

Pukul 10.27…mana kedai dalam Mall tu bukak semua pun. Jadi kami lepak dulu sambil kira berapa banyak kereta yang ada. (Jangan risau, kami tak buat apa pun) Patung Domo yang aku berikan dulu sebagai hadiah hari jadi, aku ambil dan semburkan minyak wangi Chances dari Silky for Men di setiap penjuru. Sebab dia merengek kalau tak dapat bau minyak wangi tu malam2. Jadi dengan kereta2 sekali aku sembur. Angau la katekan.

Kami gerak ke dalam Mall sambil bawak laptop dan kertas soalan STPM yang lepas2. Supaya tak buang masa sangat.(Yeke? bukti dibawah)

IMG_0332

DSC02051

^Bukti beliau study di kala DATE^

Aku pulak sambil2 transfer movie kegemaran aku yang dia nak tengok sangat lepas STPM nanti. Chuck dan How I Met You Mother. Haa.. Amik! haha



Lepas itu kami gerak ke Song Box. Satu jam kami melalak dalam tu. Tak sangka aku boleh catch up dengan suara Ukay’s dan Tam Spider tapi aku kalah dengan Faizal Tahir(ciskek) sampai serak suara. Dia pun layankan aje. Konon tangkap feeling. HAHAHA.

IMG_0339

Lepas itu, kami bercadang nak tengok wayang pulak, tapi masa tak mengizinkan disebabkan duration movie yang agak panjang dan kami ada masa dalam 4jam lagi. Boleh pulak dia nak karok satu jam. Aku layankan. sebab kat Kluang Mall agak bosan. Dia masuk je dapat mic terus layan lagu. Kerja aku tangkap gambar walaupun kamera tak berapa terang. Cis. Aku dengarkan aja dia melalak, boleh tahan. HAHA. Aku nak nyanyi lagi pun da serak suara.

Masa yang berbaki 10 minit nak habis, kami terus keluar, haa.. satu masalah kat situ bila dia lupa di mana dia letak tiket parking. Padahal dia yang pegang sejak dari keluar kereta dulu. Kesian betul sayang aku ni… HAHA. Nasib jumpa, suka letak sepah2. Angau la tuh

Kami gerak dari Kluang Mall, dan dia bawak aku jalan2 sekitar Kluang. Tunjukkan aku mana tempat dia selalu parking kereta kancil dekat sekolah. Port parking beliau kalau nak tahu tuan2 dan puan, mesti sebelah tempat buang sampah. Itu sebab aku sembur minyak wangi aku kat dalam kereta dia. LOL

audi a6

Makan adalah perkara wajib bagi kami. Terutamanya kepada beliau. ABC dan Cendol merupakan menu utama yang disebut2 sejak perancangan temu janji kedua ni. Jadi kami ke Warung Warisan (kalau tak silap aku) dimana warung dia selalu makan ABC. Aku yang tengah lapar ini kena la makan nasi. So lauk asam pedas ikan pari tersedia masa tu, Pergh! Faveret and perfect timing laaa… Memang sedap, ditambah lagi dengan cendol dan ABC kan dengan harga yang berpatotan. Awesome! Tak macam first temujanji dulu dengan makan Pizza Hut yang mahal nak mati. Tapi tak pe, first time kena grand sikit. Open-mouthed smile

DSC02058

Perot dan kenyang hati makin senang, bak kata orang. Tapi bagi kami, tak sebenarnya. Masa untuk kembali ke JB makin suntuk. Aku makin risau. Muka dia lagi laa.. So kami nak tenangkan fikiran, kami ke Tasik Putih atau White Lake.

tasik putih kluang

Waktu itu cuaca agak panas. Kesian aku tengok dia. Tak berapa sihat sangat sebenarnya. Tapi buat-buat sihat. Tahu sangat. Kami jalan pun tak jauh. Cari tempat redup sikit dan kat situ aku (buang angin) dan dia ambil gambar seberapa banyak yang boleh. Itu yang kami rancang sejak dulu. Yela, lepas ini entah bila dapat bertemu lagi. Hanya masa yang menentukan.

 DSC02083DSC02072
Sebenarnya tempat itu cantik, tapi aku lagi suka kalau waktu itu lepas hujan dan mendung. Macam dalam gambar atas tu. Dan kami pun berangan majlis kahwin nanti kami akan buat dekat situ sebab ada dewan disediakan. Boleh tahan.  Masa semakin suntuk membuatkan aku semakin gelisah untuk kembali ke JB. ermmm

Aku tengok dia macam tak senang duduk, kami gerak ke kereta, masuk je aku sembur lafi minyak wangi aku. Dengan Headrest kereta, beg sekolah, aircond dan patung Domo dia aku sembur.

Kami rehat jap. Panas betul masa itu, nasib kereta tak manghadap matahari. Masa ini aku ambil kesempatan dengan memberikan pelbagai pesanan dari hati ke hati. Aku nasihatkan dia agar jangan lupa pada tanggungjawab dia, tak kira apa pun, aku nak dia baca dan jawab soalan STPM dia nanti dengan teliti. Yang paling penting aku ingatkan dia, jangan risau pasal hubungan, aku akan jaga dengan baik tingkah laku aku. Aku pun mintak maaf kalau sebelum ini aku ada sakitkan hati dia. Memang sebak hati aku tika dia hanya menjawab ‘Ye, b.’ 

MasyaAllah, lembutnya suara dia masa itu. Aku harap dia lah jodoh aku nanti. Aku harap aku lah orang yang bertuah akan sarungkan cincin perkahwinan di jari manis beliau yang mulus itu. Aku harap nama dialah yang aku sebut tika aku mengucapkan salam keramat dihadapan wali atau tok kadi nanti. : )

4.15 petang. Kami bergerak ke stesen bas Kluang tanpa aku berhenti menasihati beliau. Keadaan agak muram. Aku tak mahu kembali ke JB. Tapi apa gunanya aku menasihati beliau tentang tanggungjawab sedangkan aku pun punya tanggungjawab yang lagi besar sekiranya aku tak kembali ke sana. Lagi satu semester aku akan habiskan pengajian Diploma aku. SATU je lagi. Hal itu pun aku tekankan pada dia.

Sedang dalam perjalanan, kami melalui Kluang Parit (Kluang Parade) dan aku tanya sama ada dekat situ ada bowling atau tidak. Ada jawab beliau. Aduh. Aku da sangap nak main bowling. Kalau aku teringat tadi tak adalah serak suara melalak kat Song Box… ==”

Masa yang sentimental sudah tiba, sampai saja di stesen dia mula merengek. Aku paham kenapa. Dia berat nak lepaskan aku. Berat mata memandang, berat lagi kaki nak melangkah pergi taw.  Aku tak jemu meluahkan perasaan dan nasihat masa itu. Sampai lah kami berada dalam bas. Bas yang sama masa temujanji pertama dia menghantar aku. Aku bergurau untuk meredakan hati dia. Agar dia ingat sampai bila-bila. Masa itu aku tak bazirkan dengan  menatap wajah dia puas2 walaupun dia tetap tunduk. Cantik. : )

DSC02096
Dia terpaksa balik cepat disebabkan cuaca mendung. Seperti tahu apa yang perasaan kami waktu itu. Dan lepas aku lihat dia menghilang di sebalik susunan bas serentak dengan itulah hujan turun membasahi bumi. Menangisi perpisahan pada temujanji kedua kalinya.

To be continue…

Notakakicagu: Kepada Cik Pelangi, mungkin ada yang saya terlupa pada temujanji kali ini untuk ditulis, maafkan saya ye… Smile Dan kepada pembaca, ini tulus dari hati, maaflah jika entry ini terlalu sentimental, mood jiwang gara-gara angau.

Comments
3 Comments

3 berkata-kata:

cik gojes :) said...

semoga kekaL ke akhir hayat... =) jaga Lah takhta dan maruah seseorang wanita seLagi dia beLum menjadi yang haLaL *pergh ayat mendaLam* kbye =)

Encik Bedak Sejuk said...

@CiK GorGeouS !

thanks... insyaAllah, saya pasti akan jaga beliau dengan baik... :D

[k]o{q}i[n] said...

sweet... ble nk bwk jmp aku..?? huhuhuu

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping