Friday 11 November 2011

Semut, anai-anai dan rumah tangga.

 

Apa kaitan semut, anai-anai dan rumahtangga ni? Aku belum kahwin lagi kot dah pandai2 nak buat cerita rumah tangga bagai. Kalau aku buat rumah teres satu tingkat tak ada orang nak hairan sebab rumah teres satu tingkat tak ada tangga melainkan tuan rumah nak pasang tangga. Siap ada semut dan anai-anai bagai dah kenapa?

DSC02038DSC02040

Sebenarnya, hari itu aku dan emak aku serentak ternampak anai-anai betul2 dekat belakang cermin sebelah pintu bilik aku. Geli siot. Dah la rumah aku ini separuh batu separuh papan, Rumah setingarden la katekan. Hidup sederhana je kak oit. Emak aku ini pun pantang nampak semut dalam rumah, apatah lagi anai-anai, satu tin Sheildtox pun boleh habis taw kalau dah jumpa dua serangga ini. Puas dah aku dan emak aku mengerjakan anggota-anggota serangga perosak ini. Kesian cermin tu kena anai-anai, nasib la tak rosak teruk. Maka kerja pembersihan pun berjalan dan terasa nak update kat blog pasal semut dan anai-anai ini.

DSC02037
Then apa kena dengan rumah tangga pulak dah? Punya panjang intro baru nak cerita point, haha

Macam ini, dalam sebuah rumah, lebih baik ada semut, kerana semut dapat membersihkan rumah kita dengan mengutip sisa-sisa makanan yang bersepah melainkan yang kita simpan. Yang disimpan rapi itu kalau mereka nak sebat jugak memang dah melebih la. Dapat jugak mereka sisa makanan yang kita tak habis kan?

semut-2anai2

Lain pula dengan anai-anai, jika terdapat anai-anai dalam rumah, maka kita kena bertindak cepat, sebab sifat anai-anai adalah memusnahkan dan mereputkan rumah terutamanya rumah kayu dan rumah yang mempunyai struktur dari kayu atau mempunyai banyak perabot kayu. Memang mereka berpesta ria lah. Sekiranya ini terjadi, maintenance untuk mengnyahkan anai-anai ini bukan lah sedikit jika ia sudah merebak keseluruh rumah kayu. dan kemungkinan besar rumah itu tidak selamat lagi untuk didiami oleh sesiapda dan boleh mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bahaya. Dan emak aku masa itu pun sibuk mencari mana tahu anai-anai ini dah merebak ke tempat lain. Al maklumlah rumah separa konkrit dan kayu.

Jadi dengan pengajaran yang kita dapat, jadilah seperti semut yang berkerjasama dan tinggallah di rumah konkrit. Jangan tinggal dirumah kayu. Abah aku pun dalam proses perancangan nak gantikan papan dinding itu dengan konkrit, ataupun ganti dengan papan baru… kita tunggu! Rancangan nak pindah memang ada, tapi lama lagi kot…

Notakakicagu: Kalau pindah dekat-dekat sini tak pe lah, jangan pindah jauh2, tak dapek nak tengok wayang dekat City Square nanti… hik3

Comments
1 Comments

1 berkata-kata:

Thalhah Amir said...

wooo.. anai2.. sama la kt sini.. abis kayu dimakannya

Busuk Widget

Jom Chat..!!

Blog Ping